j-QAF PAHANG
Rabu, 31 Oktober 2012
ELAPORAN j-QAF 12.1 OKTOBER
ESATU SAHAJA
JAWI : Masukkan angka “6” pada setiap bahagian LISAN, MEMBACA & MENULIS untuk SETIAP MURID. Tujuannya mengelakkan RALAT pada bahagian STATUS.
BAHASA ARAB : Masukkan JUMLAH BAND TERTINGGI pada SETIAP BAHAGIAN untuk SETIAP MURID, iaitu LISAN - 15, MEMBACA - 13 & MENULIS - 10. Tujuannya mengelakkan RALAT pada bahagian STATUS.
LAIN-LAIN : Diisi seperti biasa.
EDUA SAHAJA
JAWI : Masukkan angka “6” pada setiap bahagian LISAN, MEMBACA & MENULIS untuk SETIAP MURID. Tujuannya mengelakkan RALAT pada bahagian STATUS.
BAHASA ARAB : Masukkan JUMLAH BAND TERTINGGI pada SETIAP BAHAGIAN untuk SETIAP MURID, iaitu LISAN - 15, MEMBACA - 13 & MENULIS - 10. Tujuannya mengelakkan RALAT pada bahagian STATUS.
KHATAM AL-QURAN : Masukkan ‘MS 81’ sekiranya bacaan murid antara MS 82 sehingga Juzuk 4.
LAIN-LAIN : Diisi seperti biasa.
DATA JAWI & BAHASA ARAB ESATU & EDUA TIDAK DIAMBIL KIRA DALAM ANALISA DATA.
Selasa, 19 Jun 2012
Ahad, 16 Oktober 2011
E-laporan 11.4
Minta sahabat-sahabat guru j-QAF untuk update ekelas dengan versi 11.1 dan eksportkan kepada esekolah versi 11.4 ini. Jika terdapat sebarang masaalah seperti kesilapan no kod sekolah dan lain-lain, sila maklumkan kepada saya.
Ahad, 19 Jun 2011
PENJELASAN PENGGUNAAN E-LAPORAN V11.1
Assalamualaikum....
Sila download elaporan v11.1 dari laman web berikut:
v11.1 diwujudkan adalah untuk memperbaiki ralat dalam formula dan link berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada guru-guru yang telah mengisi data.
Kebanyakan ralat disebabkan jumlah keseluruhan murid yang dipaparkan dalam rumusan ekelas dan rumusan esekolah adalah tidak tepat. Untuk mengatasi masalah ini, guru hanya perlu menggabungkan data setiap kelas dengan menggunakan esekolah v11.1 untuk mendapat rumasan keseluruhan esekolah yang tepat.
Jika guru telah selesai menggabungkan kelas menggunakan esekolah v11(yg lama), guru hanya perlu melakukan proses update, iaitu memindahkan data-data dalam esekolah v11 ke esekolah v11.1.
Caranya :
1. Dalam esekolah v11, dalam Menu Utama, klik button EKSPORT. kemudian menu eksport akan terpapar. kemudian klik button EKSPORT. save fail tersebut.
2. Buka esekolah v11.1, dalam Menu Utama, klik button IMPORT. kemudian menu import akan terpapar. kemudian klik button UPDATE. pilih fail yang telah anda save tadi. Proses import akan berjalan dan mengambil sedikit masa.
3. Setelah selesai import, klik RUMUSAN, klik ADA IMPORT TERBARU KEMASKINI SEMUA DATA, tunggu sehingga Rumusan Keseluruhan yang lengkap terpapar.
4. Setelah memastikan rumusan yang dipaparkan adalah tepat dan betul, kembali ke MENU UTAMA. klik button EKSPORT. menu eksport akan terpapar. klik button KE PPD JUN. save fail tersebut dengan menaip kod dan nama sekolah.
Jika guru mahu melihat rumusan yang tepat di peringkat kelas, guru perlu UPDATE setiap kelas dengan menggunakan ekelas v11.1.
Penjelasan Ralat yang berlaku.
Terdapat ralat dalam formula excel dalam setiap fail ekelas V11. Ia melibatkan formula dalam Amali Solat. elaporan 2011 menggabungkan Amali solat perlakuan dan Amali Solat Bacaan. contohnya :
- Jika murid Menguasai Cemerlang dalam Perlakuan,
.......tetapi Belum Menguasai dalam Bacaan,
.......dia akan dikira belum menguasai Amali Solat. (perkara yang patut berlaku)
- Terdapat satu formula yang tercicir (ralat) dalam ekelas v11 iaitu,
.......Jika murid Menguasai Sederhana dalam Perlakuan
.......dan Menguasai Cemerlang dalam Bacaan,
.......dia akan dikira Belum Menguasai.
- Sepatutnya rumusan yang keluar ialah Menguasai Sederhana.
Maksud Menguasai Cemerlang:
Menguasai semua perkara rukun dan sunat.
Maksud Menguasai Sederhana:
Menguasai semua perkara rukun tetapi belum menguasai sekurang2nya satu perkara sunat.
Maksud Belum Menguasai :
Belum menguasai sekurang-kurangnya satu perkara rukun
Nota Penting Sebagai Rumusan :
Khamis, 16 Jun 2011
E-Laporan V11.1

Untuk Elaporan V11.1 sila klik
atau
.Bagi guru yang telah memasukkan data ke dalam enjin yang lama, anda buleh mengupdate dengan cara: 1-eksport ekelas V11 yang telah disiapkan.
2-namakan fail tersebut (fail eksport) dan simpan.
3- buka ekelas V11.1 dan tekan butang import.
4- semak data ekelas tersebut dan eksport-import ke esekolah V11.1
Selasa, 14 Jun 2011
Rabu, 25 Mei 2011
Elaporan V11
E Laporan 2011Untuk guru2 j-QAF Negeri Pahang yang ingin memuat turun e-laporan V11, sila klik disini
atau sini 
Pastikan anda telah unzipkan file tersebut dan file yang anda akan dapati ialah:-
> Manual Format Pencapaian j-QAF ppt 2011 (folder)
>Manual Format Pencapaian j-QAF pptx 2011 (folder)
>EDUA V11.xls
>EEMPAT V11.xls
>EENAM V11.xls
>ELIMA V11.xls
>ESATU V11.xls
>ESEKOLAH V11.xls
>ETIGA V11.xls
>SENARAI NAMA GURU-GURU j-QAF TERKINI 2011.xls

